Apa Dia SPN21?
SPN 21 adalah singkatan nama bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Sistem ini membawa beberapa perubahan besar dalam pendidikan di negara ini.
Bila SPN21 Dilaksanakan?
Secara berperingkat-peringkat:
- Peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007)
- Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4
- Pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah pada tahun 2011
Kenapa Sistem Pendidikan perlu berubah?
Tujuan SPN 21 adalah untuk:
- Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan eko
nomi dan sosial abad ke-21
- Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan
- Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21
- Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011)
Rasional perubahan adalah berasaskan kepada:
- Wawasan Brunei 2035
Menjelang 2035, kita berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan:- Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya
- Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi
- Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan
- Lapan (8) Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan, Wawasan Brunei 2035
- Melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna iaitu ’untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua’
- Rujukan kepada sistem-sistem pendidikan dan kurikulum luar negara
- Mempertingkatkan pencapaian pelajar terutama dalam 3 mata pelajaran teras iaitu English Language, Mathematics dan Science
- Meningkatkan peratus kemasukan pelajar ke peringkat pendidikan tinggi dari 14% hingga mencapai 30%
- Menanai dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu
- Penyelidik-penyelidik tempatan dan yang didatangkan khusus dari luar negeri telah mengenalpasti ruangruang khas yang memerlukan perubahan dalam Sistem Pendidikan Negara
Apakah faedah SPN 21?
- Penekanan terhadap pembangunan sahsiah (character building)
- Tiada penahanan dari Tahun 1 hingga Tahun 10/11 (kecuali dalam kes pelajar yang mempunyai kedatangan kurang dari 85%)
- Pelbagai saluran pendidikan disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi
- Pelbagai pilihan program pendidikan mengikut kecenderungan, keperluan dan kebolehan pelajar
- Peluang mengikuti Program Pendidikan Menengah 4 tahun atau Program Pendidikan Menengah 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge General Certifi cate of E
ducation (BC GCE) peringkat ’O’
- Kurikulum yang berterusan dan berkesinambungan (continuous and seamless) dari Tahun 7 hingga Tahun 10/11
- Peluang untuk memperolehi kemahiran asas teknikal dan vokasional dan perdagangan yang berguna dalam pelbagai kerjaya mahupun perusahaan sendiri
- Peluang untuk mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat pengajian tinggi
- Menyediakan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas
- Program Pendidikan Khusus bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berbakat
- Peluang untuk memperolehi kemahiran yang boleh digunapakai dalam pasaran kerja di peringkat global (marketable skills)
- Meningkatkan pencapaian pelajar
- Meningkatkan piawaian nasional dengan menanda aras (benchmarking) dengan piawaian antarabangsa
- Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Blogged with the Flock Browser