kemahiran abad ke-21 di brunei

Apa Dia SPN21?

SPN 21 adalah singkatan nama bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Sistem ini membawa beberapa perubahan besar dalam pendidikan di negara ini.

Bila SPN21 Dilaksanakan?

Secara berperingkat-peringkat:

  • Peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007)
  • Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4
  • Pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah pada tahun 2011
Kenapa Sistem Pendidikan perlu berubah?

Tujuan SPN 21 adalah untuk:

  • Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21
  • Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan
  • Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21
  • Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011)

 

Rasional perubahan adalah berasaskan kepada:

  • Wawasan Brunei 2035

    Menjelang 2035, kita berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan:
    • Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya
    • Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi
    • Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan

  • Lapan (8) Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan, Wawasan Brunei 2035
  • Melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna iaitu ’untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua’
  • Rujukan kepada sistem-sistem pendidikan dan kurikulum luar negara
  • Mempertingkatkan pencapaian pelajar terutama dalam 3 mata pelajaran teras iaitu English Language, Mathematics dan Science
  • Meningkatkan peratus kemasukan pelajar ke peringkat pendidikan tinggi dari 14% hingga mencapai 30%
  • Menanai dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu
  • Penyelidik-penyelidik tempatan dan yang didatangkan khusus dari luar negeri telah mengenalpasti ruangruang khas yang memerlukan perubahan dalam Sistem Pendidikan Negara
Apakah faedah SPN 21?

 

  • Penekanan terhadap pembangunan sahsiah (character building)
  • Tiada penahanan dari Tahun 1 hingga Tahun 10/11 (kecuali dalam kes pelajar yang mempunyai kedatangan kurang dari 85%)
  • Pelbagai saluran pendidikan disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi
  • Pelbagai pilihan program pendidikan mengikut kecenderungan, keperluan dan kebolehan pelajar
  • Peluang mengikuti Program Pendidikan Menengah 4 tahun atau Program Pendidikan Menengah 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge General Certifi cate of Education (BC GCE) peringkat ’O’
  • Kurikulum yang berterusan dan berkesinambungan (continuous and seamless) dari Tahun 7 hingga Tahun 10/11
  • Peluang untuk memperolehi kemahiran asas teknikal dan vokasional dan perdagangan yang berguna dalam pelbagai kerjaya mahupun perusahaan sendiri
  • Peluang untuk mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat pengajian tinggi
  • Menyediakan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas
  • Program Pendidikan Khusus bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berbakat
  • Peluang untuk memperolehi kemahiran yang boleh digunapakai dalam pasaran kerja di peringkat global (marketable skills)
  • Meningkatkan pencapaian pelajar
  • Meningkatkan piawaian nasional dengan menanda aras (benchmarking) dengan piawaian antarabangsa
  • Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Blogged with the Flock Browser
0 Responses

    Followers