struktur sistem pendidikan di Brunei

1. Struktur Sistem Pendidikan
Struktur Sistem Pendidikan

 

 

*Tekan di sini untuk mendapatkan satu imej yang lebih besar
Apakah perbezaan sistem pendidikan sekarang dengan SPN21?

a. Perbezaan Di Segi Gelaran Kelas/Darjah Dan Penilaian/Peperiksaan Awam

 

 

*Tekan di sini untuk mendapatkan satu imej yang lebih besar
b. Perbezaan Di Segi Tempoh Persekolahan

 

 

*Tekan di sini untuk mendapatkan satu imej yang lebih besar

 

Dalam sistem sekarang, semua pelajar mengikuti Program Pendidikan Menengah 5 tahun (3 tahun di menengah bawah dan 2 tahun menengah atas) sebelum menduduki peperiksaan BC GCE Peringkat ’O’

Dalam SPN21
  • pelajar-pelajar akan mengikuti Program Pendidikan Menengah 4 tahun atau Program Pendidikan Menengah 5 tahun di peringkat menengah sebelum menduduki peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' atau kelulusan yang sebanding
  • semua pelajar akan mengikuti kurikulum yang sama selama dua tahun (Tahun 7 dan Tahun 8)
  • selepas Tahun 8, pelajar-pelajar akan disalurkan ke program berikut:

    • Program Pendidikan Menengah General (Tahun 9 hingga 10 atau Tahun 9 hingga 11)
    • Program Pendidikan Menengah Applied (Tahun 9 hingga 11)


Lain-lain program yang disediakan untuk pelajar-pelajar dalam SPN 21 ialah:

  • Program Pendidikan Khusus
    Program ini adalah bagi pelajar yang berbakat/berkecerdasan tinggi dalam bidang akademik tertentu seperti sains dan matematik atau berkebolehan dalam muzik dan seni atau berkebolehan dalam bidang sukan

  • Program Pendidikan Berkeperluan Khas

    Program ini adalah bagi pelajar yang:
    • kurang penglihatan dan pendengaran
    • mempunyai tantangan mental
    • mempunyai tantangan fizikal
    • mempunyai kesukaran pembelajaran yang spesifik

 

Bolehkah pelajar yang terpilih mengikuti Program Pendidikan Menengah 4 Tahun bertukar mengikuti Program Pendidikan Menengah 5 Tahun dan sebaliknya?
  • Pelajar yang terpilih mengikuti Program Pendidikan Menengah 4 tahun boleh bertukar untuk mengikuti Program Pendidikan Menengah 5 tahun atau sebaliknya tetapi tertakluk kepada pencapaian pelajar dan syarat yang dikenakan
Blogged with the Flock Browser
0 Responses

    Followers